Hukum Tak Bertegur Sapa Melebihi 3 Hari


SOALAN:

Salam.. apakah hukum tidak bertegur sapa dengan sedara seislam kita kerana pergaduhan etc melebihi 3 hari?benar ke amalan x diterima?

ada dalil?


JAWAPAN:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Asal hukum tidak bertegur sapa adalah haram. Kecuali ada maslahah yang menuntut kepada perbuatan tidak bertegur sapa. Contoh maslahah seperti dengan sebab tidak bertegur sapa maka mereka akan meninggalkan maksiat. Imam al-Nawawi dalam riyad al-salihin membuat satu bab khusus berkenaan hal ini :
باب تحريم الهجران بين المسلمين فوق ثلاثة أيام إِلاَّ لبدعة في المهجور ، أَوْ تظاهرٍ بفسقٍ أَوْ نحو ذَلِكَ

Maksudnya : “Bab pengharaman tidak bertegur sapa antara orang Islam lebih daripada tiga hari kecuali kerana sebab bid’ah yang ada pada orang yang tidak ditegur tersebut atau sebab menzahirkan fasiq olehnya atau sebagainya”.

Berbalik pada soalan di atas, Islam melarang pergaduhan dan pertelingkahan antara sesama Islam. Maka tidak bertegur sapa kerana sebab pergaduhan adalah haram. Apabila disebut pergaduhan biasanya ia adalah berpunca daripada perkara dunia. Seseorang itu haram tidak bertegur sapa rakannya yang seislam lebih daripada tiga hari.

Ada dalil pengharaman tersebut. Sabda Nabi s.a.w. :
لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلاَثِ لَيَالٍ يَلْتَقِيَانِ فَيُعْرِضُ هَذَا وَيُعْرِضُ هَذَا وَخَيْرُهُمَا الَّذِى يَبْدَأُ بِالسَّلاَمِ
Maksudnya ; “Tidak halal bagi seorang Muslim “hajr” (tidak bertegur sapa) saudaranya melebihi tiga hari, kedua-duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam”. (Muslim no 6697).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. menyebut balasan perbuatan ini :
لا يحل للمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث فمن هجر فوق ثلاث فمات دخل النار
Maksudnya : “Tidak halal bagi seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya melebihi tiga hari, maka barangsiapa yang tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari, nescaya akan masuk neraka”. ( Abu Dawud : no 4914).

Riwayat lain ada menyebut :
(( مَنْ هَجَرَ أخَاهُ سَنَةً فَهُوَ كَسَفْكِ دَمِهِ )) . رواه أَبُو داود بإسناد صحيح .
Maksudnya : “Barangsiapa yang tidak menegur sapa saudaranya selama setahun, maka ia seumpama menumpahkan darahnya”. Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yang sahih. (Riyad al-Salihin 2/216)

Ini menunjukkan perbuatan tidak bertegur sapa adalah dosa. Wallahualam






0 comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala yang ada dalam hidupku...
Kusedari semua milikMu...
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa...

Tunjukkan aku jalan lurusMu...
Untuk menggapai SyurgaMu...
Terangiku dalam setiap langkah hidupku...

Kerana…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar...
Allah Maha Besar...
Ku memujaMu di setiap waktu...

Hanyalah padaMu...
Tempatku berteduh...
Memohon redha dan ampunanMu..

webstag.ram

book.preview

Men from Mars Women from Venus
by Dr. John Gray Ph.D

Once upon a time Martians and Venusians met, fell in love, and had happy relationships together because they respected and accepted their differences. Then they came to Earth and amnesia set in: they forgot they were from different planets.


Nuffnang

[ r.e.mind.er ]

Segala yang ada dalam hidupku...
Kusedari semua milikMu...
Ku hanya hambaMu yang bersalut dosa...

Tunjukkan aku jalan lurusMu...
Untuk menggapai SyurgaMu...
Terangiku dalam setiap langkah hidupku...

Kerana…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar...
Allah Maha Besar...
Ku memujaMu di setiap waktu...

Hanyalah padaMu...
Tempatku berteduh...
Memohon redha dan ampunanMu..

Followers